Followers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, 11 June 2012

Perginya Tiada Ganti

Posted by Mrs Military at 20:23 1 comments
Salam

Di malam Isnin pada minggu kedua dalam bulan Jun ini bersamaan dengan 11 Jun 2012 telah kembalinya seorang hamba Allah yang telah mendidik saya dalam usaha untuk menjadi seorang yang berdedikasi seperti beliau.

Encik Awang Bin Ismail...
Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Pendidikan Teknik..
Terasa sangat kehilangan beliau..seorang pensyarah yang kalau disebut namanya pasti orang akan mengenalinya dengan sikap beliau yang sangat - sangat mesra..tak lokek dalam membantu para pelajar..bagi pelajar yang menerima pendidikan daripada beliau pasti mempunyai pengalaman tersendiri dengan beliau.

Tak sangka pertemuan bersemuka dengan beliau pada aidilfitri yang lalu merupakan pertemuan yang terakhir. tak sangka juga kelibat beliau pada bulan Mac yang lalu di parking IPG adalah yang terakhir kali. Masa tu nampak beliau semakin sihat kerana mampu untuk memandu sendiri. Tapi Allah lebih menyayangi beliau dan mengambilnya dari kami seawal ini.

Semoga arwah dipermudahkan dalam urusan beliau disana. Sebagai anak murid beliau, saya sentiasa mendoakan beliau agar ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Aminnn..

**Kata orang, seorang guru itu akan sentiasa dikenang jasanya sehingga ke akhir hayat. Mendidik dengan penuh sabar dan tak pernah jemu dalam membantu para pelajar adalah satu bekalan yang akan dibawa ke akhirat kelak...Jasamu tetap dikenang**

Jasamu tetap dikenang hingga akhir hayat

By,
Mrs Military

Sunday, 10 June 2012

10 Penyakit Pembunuh (men & women)

Posted by Mrs Military at 21:08 1 comments
Penyakit pembunuh utama...


Post baru di malam ahad...

Satu info baru mengenai penyakit yang kerap kali dialami oleh manusia di zaman ini...

10 penyakit pembunuh utama
1.Barah
2. Jantung
3.Strok
4. Kencing manis
5.Darah tinggi
6.Buah pinggang
7.Radang otak
8.Hati
9.Paru -  paru
10.Kemalangan 

Berikut adalah ranking penyakit pembunuh utama bagi wanita...

1. Kanser payudara
  ** kanser payudara mempunyai kaitan dengan pemakanan kita sebanyak 50%
2. Kanser rahim
 **satu kematian setiap dua minit
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

*3 untill 10 xtau...sape yg tau boleh inform yer

Ranking penyakit pembunuh utama lelaki ...

1. Penyakit jantung
2. Stroke
3.Penyakit paru - paru
4. Penyakit ginjal
5. Diabetis
6. Barah
7. Penyakit alzheimer
8. Influenza
9. Luka / kemalangan
10. Bunuh diri 

* tp pagi tadi, dalam surat khabar mingguan ada menyatakan bahawa pembunuh senyap kaum lelaki adalah Kanser Prostat 
**kajian keatas 47 000 orang mendapati bahawa lelaki yang memakan tomato antara 2-4 kali seminggu dapat menpunyai risiko sebanyak 35% lebih kurang untuk menghidapi penyakit ini berbanding mereka yang tidak memakannya.



"SEMOGA KITA TERUS MENDAPAT KESIHATAN YANG BAIK" AMIN..

By,
Mrs Military
 

Live Long Story Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea