Followers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday 11 June 2012

Perginya Tiada Ganti

Posted by Mrs Military at 20:23
Salam

Di malam Isnin pada minggu kedua dalam bulan Jun ini bersamaan dengan 11 Jun 2012 telah kembalinya seorang hamba Allah yang telah mendidik saya dalam usaha untuk menjadi seorang yang berdedikasi seperti beliau.

Encik Awang Bin Ismail...
Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Pendidikan Teknik..
Terasa sangat kehilangan beliau..seorang pensyarah yang kalau disebut namanya pasti orang akan mengenalinya dengan sikap beliau yang sangat - sangat mesra..tak lokek dalam membantu para pelajar..bagi pelajar yang menerima pendidikan daripada beliau pasti mempunyai pengalaman tersendiri dengan beliau.

Tak sangka pertemuan bersemuka dengan beliau pada aidilfitri yang lalu merupakan pertemuan yang terakhir. tak sangka juga kelibat beliau pada bulan Mac yang lalu di parking IPG adalah yang terakhir kali. Masa tu nampak beliau semakin sihat kerana mampu untuk memandu sendiri. Tapi Allah lebih menyayangi beliau dan mengambilnya dari kami seawal ini.

Semoga arwah dipermudahkan dalam urusan beliau disana. Sebagai anak murid beliau, saya sentiasa mendoakan beliau agar ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Aminnn..

**Kata orang, seorang guru itu akan sentiasa dikenang jasanya sehingga ke akhir hayat. Mendidik dengan penuh sabar dan tak pernah jemu dalam membantu para pelajar adalah satu bekalan yang akan dibawa ke akhirat kelak...Jasamu tetap dikenang**

Jasamu tetap dikenang hingga akhir hayat

By,
Mrs Military

1 comments:

outbound malang said...


Nice blog :)
salam kenal sobat :)
bagi - bagi motivasi
semoga bisa jadi semangat
Senyuman adalah sedekah yang indah, karena dengan sedekah senyuman, manusia takkan pernah merasa berhutang apa-apa dan tak kan membuat orang lain merasa terhina
ditunggu kunjungan baliknya yaa :) terima kasih ....

Post a Comment

 

Live Long Story Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea