Followers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, 10 August 2011

Tips Berpraktikum - 1

Posted by Mrs Military at 16:09

Anda bakal seorang guru? Xlama lagi nak berpraktikum? Anda risau dengan kerenah pensyarah pembimbing anda? Yes! It is normal things!
Maka dengan itu, saya selaku bakal seorang guru yang akan berpraktikum tahun depan berhajat berkongsi sedikit pengalaman ataupun tips kepada anda, anda dan anda bakal- bakal seorang guru. Semoga tips2 yang diperolehi secara tidak langsung dalam sesi kuliah setiap hari saya dapat membantu anda.
Untuk hari ni, saya dapat input dari dua orang lecturer saya iaitu Puan Nora dan Puan Maria.

·       Sekiranya pensyarah yang observe anda 2 datang dalam waktu tengah hari adalah lebih baik sekiranya anda menyediakan sedikit makanan ringan kepada beliau. Paling xpun sediakan mineral water di atas meja yang bakal dia duduk 2. Bukan pe,sekadar mengambil hati dan menunjukkan sikap prihatin kita diatas usaha mereka untuk observe kita.


·       Pastikan meja yang bakal pensyarah 2 duduk adalah bersih. Lap la sikit2, make sure xda sampah bawah meja 2, lantai kemas. Tapi dalam masa yang sama pastikan rekod mengajar anda juga tersedia rapi.


·       Apabila mereka dah ada kat belakang kelas 2 then student pun ucap selamat pada anda selaku guru pada hari tersebut, anda sendiri perlu untuk memperkenalkan pensyarah terbabit kepada murid – murid anda. Contoh ayat ; “baiklah murid2, dibelakang sana adalah pensyarah saya yang akan memantau kelas kita pada hari ini”. Minta pelajar greeting lecturer 2 sebagai tanda menghormati kewujudan orang yang lebih tua disitu.


·       Jika anda menggunakan ABM, elakkan dari anda asek berkepit dengan ABM 2. Pastikan anda berjalan keseluruh bilik darjah. Sentuh dan sebut nama murid – murid anda. Bertujuan untuk menarik minat murid dan menunjukkan keprihatinan anda dalam sesi p&p.


·       Jika anda x ingat nama  pelajar, pastikan anda bersiap sedia dengan apa cara sekali pun bagi memastikan anda tahu nama pelajar. Contoh, tengok kat name tag ke, ataupun masa hari pertama anda jumpa murid minta atau siapkan kad nama berbentuk kelendar meja dan letakkan di atas meja mereka. Jadi bila nak panggil kan mudah.


·       Apabila anda buat kerja kumpulan, pastikan setiap ahli ada lembaran mereka sendiri untuk disiapkan. Sekiranya hanya ada sehelai untuk satu kumpulan maka pelajar len kurang memberikan tumpuan.


·       Sekiranya anda mendapat kelas yang agak sukar dikawal, maka cuba amalkan ayat 4 dari surah yusuf. Ia bertujuan untuk pemanis muka dan memudahkan murid tertarik dengan tindakan anda. Insyallah.


·       Pastikan anda study dulu bahan yang akan anda gunakan untuk p&p pada hari tersebut. Cuba jangka kan soalan – soalan yang akan pelajar tanya pada anda. Buat bacaan tambahan untuk tambah idea anda. Contoh : belajar pasal gurindam. Tiba2 dalam gurindam 2 ada ayat “hanya jauhari yang mengenal manikam”. Murid tanya anda ape maksd ayat 2. Anda perlu memberitahu mereka maklumat yang betul dan tambahkan pengetahuan mereka. Tambah pengetahuan contoh sal batu2 lain yang anda ketahui kerana manikam adalah sejenis batu.

Baiklah, hari ni saya dapat ini sahaja, insyallah kalau ada lagi lecturer saya sebut dalam kelas nanti saya inform k.
“Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan”
#sila tegur jika saya salah beri maklumat yer#
By,
Mrs Military 


5 comments:

Mrs Military said...

selamat berpuasa juga dan slmt menmbh amalan =)

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

selamat berpuasa ye:)

OmmaWany said...

wani nk jadi cikgu...p xd rezeki laa :(
karier ke arah akauntan je

Mrs Military said...

selamat berpuasa juga, semoga ramdhan kali ni lebih bermakna =)

Mrs Military said...

wani, xpew dlm bdg akauntan pun blh jugak..yg pntg niat kan...bukan sumer org boleh jadi akauntan tau...

Post a Comment

 

Live Long Story Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea