Followers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday 19 October 2011

Kalau ayah katakan.... maka...

Posted by Mrs Military at 21:27
"setiap kali ayah sembahyang, ayah doakan ain sentiasa berjaya, tamat belajar sampai dapat jadi cikgu, sihat selalu, selamat dan dijauhkan dengan semua perkara buruk"

sebak saya bila ayah cakap macam tu bila saya ngadu semester ni ada lecturer yang kurang puas hati dengan assignment kelas kami. sebelum ni tak pernah ada macam tu jadi saya risau dan mengadu kat ayah. A.S.A.P ayah call dan bagi semangat dekat saya.  ayah memang selalu call saya, saya tahu ayah risaukan saya. setiap kali ayah call mesti ayah pesan supaya saya jangan makan lambat, jaga keselamatan dan kesihatan dan kalau ada masalah mesti cakap kat ayah. setiap kali ayah telefon mesti soalan pertama dia, "ain ok, ada masalah apa - apa?". Bila saya balim pun mesti ayah cakap benda yang sama. ayah tak pernah lupa. 

saya bukan anak bongsu, saya ada seorang lagi adik. tapi ayah lagi risaukan saya berbanding adik - beradik yang lain. nenek cakap ayah jadi macam tu sebab mak. mungkin lebih tepat pesanan mak. saya tahu ayah susah sangat besarkan saya. mana mungkinkan seorang lelaki yang tegas dan penuh disiplin yang sentiasa bergelumang dengan segala senjata pertahanan tiba - tiba terpaksa menggalas tugas seorang wanita yang sedang membesarkan anak - anaknya yang cukup kecil. Tapi ayah saya mampu!

ayah anak ke 4 daripada 6orang adik beradik. abang ayah keje kat singapura sebagai tentera laut dan, kakak ayah pula tak bekerja dan ikut suami dia. abang ayah yang ketiga dah meninggal dan keempat adalah ayah sebagai seorang tentera. adik - adik ayah keje biasa - biasa jew. masa ayah dah keje mereka tak habis lagi sekolah. sebab pak long duduk singapura, mak ngah ikut suami dan pak lang dah meninggal maka nenek banyak mengharap pada ayah. ayah yang jaga sampai akhir hayat dia. nenek meninggal pun dekat rumah kami. 

Dulu ayah tentera, banyak merantau tempat orang. tapi masa saya lahir tak lama lepas tu ayah berhenti jadi askar. ayah pernah posting sampai ke sarawak, ayah selalu cerita dekat saya life orang sana (preparation klu saya posting sabah sarawak). masa ayah berhenti tu mak ada lagi. kak long dan kak ngah sempat merasa duduk dalam kem tapi saya masa tu kecek sangat tak tau apa rasanya. lepas berhenti tentera, ayah jadi personal security  dan ayah beli rumah kat rumah sekarang. masa tu saya baru dua tahun. 

masa saya umur tiga tahun mak meninggal. nenek cakap mak meninggal sebab urat leher mak putus (high blood pressure). kalau diingat - ingat balik kenangan dulu, saya tak ada kenangan dengan arwah mak. saya tak ingat langsung sebab kecek lagi. yang saya ingat adalah masa hari mak meninggal 2 je. masa tu orang anta mak balik dan tiba - tiba saya dah ada kat kawasan kubur. saya nampak ayah nangis kat pokok besar dan langsung tak larat nak bangun. sejak tu ayah yang jaga saya dan kakak. susah sangat masa tu, nenek datang tolong jaga kami sebab ayah kerja. tapi tak lama lepas tu, ayah kawen yang baru. tapi macam mana pun tetap tak sama dengan mak sendirikan.

sebab tu saya lebih rapat dengan ayah. semua benda ayah yang tentukan. sampaikan duduk asrama, seingat saya mungkin 3 hingga 4 kali jew saya balik dan pergi asrama naik bas. yang lain semua ayah anta dan ayah jemput. macam mana sibuk sekalipun ayah mesti anta dan jemput saya. mesti, 2 perkara wajib bagi ayah. dan setiap minggu juga ayah akan datang melawat saya. kalau tak datang hari sabtu/ ahad , ayah akan datang time hari sekolah. pokoknya mesti datang tiap minggu. 2 janji ayah. kakak - kakak saya cakap, saya la yang paling untung antara kami adik beradik. (senyum)

saya pernah tanya nenek kenapa ayah layan saya macam budak kecek. nenek cakap sebab pesan arwah mak. nenek cakap, dulu lepas mak meninggal ayah pernah cerita. masa tu malam sebelum mak meninggal, mak pesan "abang, esok saya tak balik, saya tidur dekat tempat kerja, tempat tu besar company dah sediakan, nanti abang jaga budak - budak dan ain, saya pergi lama sikit" (lebih kurang macam tu la ayat mak)

saya kadang - kadang rasa kesian bila nampak ayah termenung sorang - sorang. saya tahu ayah pening fikir pasal anak - anak dia lagi - lagi semua perempuan kan. tapi saya tahu ayah dah lakukan yang terbaik untuk kami. sebab tu kami boleh survive sekarang. terima kasih ayah! semua didikan ayah selama ni jadikan saya manusia seperti sekarang. saya akan cuba berikan yang terbaik untuk ayah. sekiranya ayah katakan itu bukan terbaik untuk saya maka saya akan ikut sebab saya tahu ayah lebih tahu apa yang terbaik untuk anak "kecik" dia ni..



By,
Mrs military 

2 comments:

Post a Comment

 

Live Long Story Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea