Kalau orang tanya apa tabiat korang yang paling tak dapat dielakkan masa kecek - kecik, apa korang nak jawab. kalau saya, saya akan cakap "Pijak siput babi".
yer itu adalah satu tabiat yang memang tak dapat saya elak setiap kali nampak siput babi. dulu masa rumah saya belum diubahsuai sepenuhnya, ada la sedikit ruang untuk buat kebun kecil. masa tu kami adik beradik sangat suka tanam pokok kang kung. kalau ayah pergi pasar nanti mesti pesan kat ayah beli kang kung yang ada akar tau. nati kami akan tanam. walaupun pokok tu hidup xlama tapi kami suka juga nak tanam. kalai pokok 2 hidup nanti akan keluar la daun - daun dia. tapi yang menjadikan saya geram adalah apabila daun - daun dah tumbuh nanti mesti siput babi 2 makan. habis daun dia berlubang - lubang.
maka sejak tu, saya mula geram ngan siput babi dan akan pijak bila nampak siput babi 2. tak kira la siput babi tu besar ke kecek ke saya tetap akan pijak. walaupun ayah dah banyak kali larang tapi saya tetap akan pijak. ayah cakap saya jadi cam tu sebab "terkenan"...
cam ni ceter dia...
masa kecek dulu kami tak duduk dalam kem walaupun ayah tentera. kami duduk kat kawasan perumahan area2 kem 2. masa tu rumah kami tak ada pagar. kawasan perumahan tu memang tak disediakan pagar. jadi oleh kerana arwah mak suka tanam pokok - pokok maka ayah dan mak pun tanam la pokok pagar. sebab arwah mak suka pokok maka mak suka sangat nak decorate - decorate pokok tu. masa mak mengandungkan saya makin menjadi - jadi tabiat suka decorate pokok 2.
cam ni la lebih kurang rupa pokok pagar tu. nak decorate dia kena guna gunting yang besar tukang kebun selalu guna tu (google) |
satu pagi, mak potong - potong pokok tu supaya dia nampak kemas jew. tiba - tiba, ada benda jatuh kat kaki arwah mak. mak tunduk dan tengok rupanya ada seekor siput babi yang dah terpotong badan dia. ayah cakap cenkerang dia dah pecah sikit. ayah cakap mak ralit sangat sal perkara tu, setiap kali mak jumpa kawan - kawan atau sedara mara dia mesti cerita sal siput babi 2. orang dulu - dulu cakap "wanita mengandung ni tak boleh kesian sangat dengan haiwan nanti anak dalam perut terkenan."
sampai la tarikh saya lahir kat muka bumi ni. ayah cakap saya kuat nangis. lepas tu selalu jew nak demam. ayah cakap memang masa saya lahir lagi ada cam sikit daging kat telinga saya. dulu doktor nak buang daging tu sebab takut daging tu akan membesar tapi bila dikaji tengok xda urat pun kat situ. maka doktor cakap maybe dia tak kan membesar langsung. jadi biarkan. sekarang pun kalau orang tekan kat daging tu tak sakit langsung..hehhehe..
kaitan dengan siput babi?
sebab saya selalu tak sihat maka arwah atuk cakap biar dia tolong tengok - tengok kan, takut kalau saya ada terkejut apa - apa. atuk pandai ubat orang. atuk bakarkan tawas untuk saya. orang dulu cakap salah satu cara dengan bakar tawas untuk tahu baby tu ada terkejut apa - apa ke. bila dah bakar tu ayah cakap, tawas tu jadi macam bentuk siput. pas tu arwah atuk cakap saya terkenan siput babi masa mak ngandungkan saya dulu. hehehehe...jadi atuk ubatkan la. dah ubat sikit - sikit barulah saya dah jarang nangis. lepas tu, satu hari 2 adik arwah mak cakap, nama saya panjang sangat sampai 18 huruf susah nak panggil . jadi dia secara tak sengaja terpanggil "ain". bila panggil "ain" barulah saya dah tak sakit - sakit lagi kecuali sebab - sebab tertentukan.
walaupun nama saya dah diubah tapi tabiat saya yang suka pijak siput babi tu xhilang sampai la rumah saya dah fully decorate n dah x jumpa lagi siput babi tu. bila lama tak jumpa barula saya tak pijak lagi dah sampai besar.
cam ni la rupa siput babi tu, ayah cakap mak terpotong bahagian depan dia tu. masa ayah tengok siput babi tu bahagian depan tu dah xda n cengkerang dia pecah dah (google) |
kalau difikir - fikirkan balik kejam betul sayakan. dan itulah perkara yang paling bodoh kurang bijak saya lakukan masa kecek dulu...hehehehehe
By,
Mrs military
2 comments:
haha . kecik kecik dulu suka letak mercun kt mulut katak :)
letak mercun kat mulut katak? hahahahah mmg xda keje kan...berani betul pgg katak
Post a Comment