Followers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday 3 September 2011

Hati, Jari & WWW -1

Posted by Mrs Military at 21:23
Pernah tak anda rasa suatu ketika dan saat anda rasa sangat down yang tak memasal....anda fikir bahawa mengapa kehidupan anda tak semudah orang lain dalam mengecapi setiap nikmat hidup ni. tak kira la dalam mencari suatu kebahagian dunia ataupun akhirat..

pada saat itu anda mula rasa anda tak mampu untuk berbuat apa - apa walaupun anda cuba memotivasikan diri dengan pelbagai perkara positif dalam minda anda tapi hal ini masih tidak dapat diatasi.

pada ketika itu, anda mula merasakan bahawa setiap apa yang anda lakukan seakan tidak menjadi. anda mula berfikir hinggakan apa yang sedang anda lakukan tidak menjadi. tangan yang bergerak pantas diatas badan laptop juga seolah - olah bergerak sendiri mengikut rentak irama hati dan terus menitip setiap lirik bahasa rekaan hati anda yang dalam kegusaran.

pada saat itu juga, anda mula merasakan bahawa adalah mungkin satu kesilapan terhadap tindakan anda dahulu. tapi apa yang harus anda lakukan? tak terlintas walau satu cara pun. anda merenung sejenak sambil hati terus memohon agar dipermudahkan urusan dan diberikan ketenangan hati. anda mula merasakan anda memerlukan sesuatu yang boleh menenagkan diri anda. sekali lagi anda menitipkan keresahan hati pada Nya.

ya allah tenagkanlah hati hamba yang sedang kegelisahan ini. kau berikan lah dia satu jalan yang lurus dan seribu penyelesaian kepada setiap apa yang berlaku.

*senyuman di wajah mampu direka, kata di mulut mampu direka tapi di hati adalah sebenarnya. Senyum mampu untuk mengubat seribu duka tapi disebaliknya terlindung seribu rahsia...

2 comments:

Unknown said...

tuan blog tga down ke???
be strong k huhu

Mrs Military said...

sleeping - agak down jugak lah...melayan hati dan perasaan je yunk....

Post a Comment

 

Live Long Story Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea