Panjang dan Pendeknya mesej!
mesej Girl : awak, dah tengah hari ni, cuba tengok jam, jarum panjang dah tunjuk no 12 jarum pendek dah tunjuk nombor 1, kan dah pukul 1 tengahari tu, awak tak lapar ke, saya lapar la, dari pagi tak makan lagi, minum air kosong jew...jom keluar makan...
mesej Boy : Jom Lunch..
situasi 2 : parents yang nak keluar rumah
mesej mak : mat, tutup pintu rumah, amek mangga ni kunci, rantai sekali pintu depan tu lepas 2 tutup sliding door ni, klu duduk kat bilik jangan dedahkan pintu rumah yer...mak pergi tak lama, kejap jew, nanti kau mandikan adik - adik, siapkan sarapan diorang nanti diorang nak pergi sekolah kau tunggukan van sekali ngan diaorang tau...mak nak g kedai apek depan tu...
mesej ayah : ayah nak pergi kedai apek, kau kunci rumah dan tengok - tengok kan adik2 kau yer..
guess what? berbezakan ayat yang perempuan guna ngan lelaki guna..perempuan ni suka bagi mesej panjang - panjang tapi lelaki simple jew. pada firasat la kan ada beberapa sebab kenapa jadi cam ni...
Girl
1. sangat teliti - dia akan pastikan apa yang dia nak bagi tau 2 betul2 sampai kat orang yang dengar. tak nak ada salah faham. sebab ayat dorang panjang - panjang maka dorang malas nak terangkan benda yang sama berkali - kali kan...
2. daya imaginasi yang tinggi - perempuan ni ada daya imaginasi yang tinggi, sebelum sampaikan arahan dia susun dulu storyboard arahan tu. dia bayangkan jalan cerita arahan supaya xda satu pun mesej yang tertinggal.hehehehehe
3. kaya dengan vocabulary - disebabkan perempuan ni selalu bergosip - gosip maka dorang banyak perkataan baru, jadi bila bila menyampaikan mesej la dorang nak parktikkan vocab tu
4. ikut perasaan - perempuan kalau dah meluahkan perasaan kadang - kadang x sedar dunia gak. kalau dalam nset tu, taip2 mesej tiba - tiba dah enam page...perhhhhh power kan
5. senaman jari - suka sangat buat senaman jari...kalau tak taip mesej pun dorang akan duk belik2 nset tu, kalau nset slide 2 berkali - kali la g anta kedai sebab rebell / reben (pe tah nama dia) rosak sebab tgn tu duk gatai tolak2 slide 2.
Boy
1. sikap - orang ckp lelaki ni ego, disebabkan itu dorang lebih bersikap tegas dan straight jew. tak perlu ayat yang berjela - jela untuk sampaikan mesej
2. komitmen - sebagai ketua dalam kebanyakkan hal maka mereka ada komitmen yang lebih penting untuk dipikirkan. contohnya komitmen untuk mencipta ayat dalam proposal lebih penting daripada mencipta ayat untuk diberikan pada seorang wanita
3. senaman - mereka dah selalu g gym ataupun joging kat mana - mana so xperlu lagi nak buat senaman jari. lebih - lebih lagi kalau lelaki yang pakai nset touchscreen 2.lagi malas dia nak tekan. jarinya bersaiz besar tp tempat nak touch 2 kecek kdg2 smpi tertkan huruf len gak dalam masa yang sama
4. perasaan - kalau dalam rasa tertekan mereka lebih gemar untuk memendam kan, mereka xsuka nak bawak berbincang time 2 gak, biar cool dulu baru bincang
5. tak suka mesej - ni sikap mereka, mereka lebih suka call terus daripada mesej. senang cakap terus lagi mudah kan...
*sebenarnya time tulis ni terasa sendiri kot, tapi setiap manusia 2 berbeza - beza, ada cara tersendiri untuk menyampaikan sesuatu hal. ini adalah rekaan sahaja dan bukan fakta yer...
By,
Mrs military
0 comments:
Post a Comment