Followers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday 23 November 2011

Cita - Cita Dua Dunia

Posted by Mrs Military at 22:15
Zaman kanak - kanak dulu boleh la kita mereka pelbagai cita - cita yang kita impikan. Tapi sekarang bila ditanya apa cita - cita awak? sama ada yer atau tidak jawapan adalah "cikgu". 

persoalan : kenapa yer?
jawapan : sebab saya dah habiskan masa selama 3tahun 6 bulan untuk belajar menjadi guru dan selama itu jugalah saya telah belajar dengan menggunakan allowance dari BPG KPM (Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian pelajaran malaysia)

secara jujurnya
saya tak pernah pun terfikir nak menjadi seorang guru...
masa kecik - kecik dulu, bila ditanya dah besar nak jadi pe?
aku akan jawab doktor, nurse, peguam, pembaca berita, wartawan, ahli geologi, peguam syariah, tentera udara dan tak pernah tersenarai pun untuk jadi seorang guru atau terlibat dengan dunia pendidikan.
semua cita - cita tu ada sebab aku nak jadi...
doktor - sebab masa kecek saya asyik dengar orang sebut doktor jew, maka saya pun cakap la nak jadi doktor
nurse - 2 bukan cita - cita saya, 2 kak long saya yang cakap, dia cakap "ain dah besar nak jadi nurse naik lori sampah" aku xfaham nape mesti naik lori sampah 
peguam & peguam syariah - sebab suka nak lawan - lawan cakap tambahan pula bila naik form 4, saya amek subjek syariah n nampak cam syok jew..
pembaca berita & wartawan - ni sebab terpengaruh dengan cerita korea masa dulu2 tak ingat tajuk cerita tu pe
ahli geologi - sebab dulu masa lower form saya minat betul dengan geografi 
tentera udara - yang plak terpengaruh dengan cerita melayu dekat TV1 , pe tah tajuk dia...nampak cam cantik jew baju dorang

tengok cita - cita nak first class jew...ehehehehe...
dan masa form 5 la baru la kuar satu cita - cita nak jadi pensyarah dalam pendidikan syariah..

tapi hakikatnya sekarang saya adalah bakal seorang guru lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Pemulihan Rendah...yes! i'm proud with it! walaupun pada mulanya bukan saya yang apply (kak long yang buatkan) tapi kini saya semakin tak sabar nak jadi seorang guru. next semester akan mula praktikum...insyallah saya akan buat yang terbaik.  Sek Keb Seri Saujan tunggu Cikgu Faezah & Cikgu Bie dtg yer! 

p/s : setiap yang ditentukan itu ada hikmahnya, kita tak pernah faham sehinggalah kita melaluinya. Dua dunia dan bidang yang berbeza tapi punyai satu tujuan yang sama 

By,
Mrs military 

2 comments:

Suhaida Hassan said...

hye hye cikgu . =) . blogwalking dear . =)

Mrs Military said...

hehehehehehe...tq dear!

Post a Comment

 

Live Long Story Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea