Mungkin bagi sesetengah individu berdengkur adalah satu perkara biasa. Tapi sebenarnya, berdengkur merupakan satu masalah yang boleh dikategorikan sebagai kritikal. Kritikal kerana hal ini melibatkan si pendengkur dan juga individu yang mendengar dengkuran tersebut.
Tak Percaya?
Imaginasi (sila bayangkan)
anda pergi ke rumah seorang indidvidu dan tidur di rumahnya. percaya atau tidak anda telah mengganggu ketenteraman individu berkenaan. tuan rumah sebelum ini sangat lena tidur menjadi tak boleh langsung nak lelap sebab dengkuran berkenaan. Nampak? Jelaskan dengkuran merupakan satu masalah.
Dengkuran adalah satu bunyi yang terhasil daripada aliran udara pada tisu pada kerongkong yang menyebabkan tisu tersebut bergetar dan terhasillah dengkuran.
cara mengatasi (bukan klinikal)
1. kurangkan berat badan
lemak yang terkumpul boleh menyebabkan saluran udara menjadi sempit dan mengganggu aliran udara. Terutamnya pada bahagian leher...
2. Tidur mengiring. perasan tak, bila kita tidur telentang, lidah kita akan ke bawah sikit menghala ke bahagian anak tekak...hal ini menyebabkan udara terhalang... ( xfaham? cuba telentang dan rasa bagaimana keadaan lidah anda)
3. avoid bernafas dari mulut.
pernafasan melalui mulut adalah kurang sihat sebab tiada tapisan (dlm hidung ada bulu hidung) dan akan lebih memenatkan anda. klu lepas bersukan pun kita bernafas melalui mulut akan jadi lagi penat. maka bila anda masalah pernafasan pergi dapatkan rawatan, jangan ambil mudah dengan rela hati bernafas melalui mulut.
4. avoid ambil alkohok dan juga ubat tidur. hal ini menyebabkan sistem saraf terganggu dan otot serta tidu dalam kerongkong berehat sevara keterlaluan.
kadang kala kita tak sedar kita berdengkur tapi jika anda individu yang menegur dan menyatakan kita berdengkur minta individu berkenaan untuk kejutkan kita dan mengubah posisi tidur sebagai alternatif awal.
jika dengkuran yang terlalu lama boleh menyebabkan pernafasan anda terhenti seketika.
"unbelievable? believe it!"
Sumber : membudayakan hidup sihat - HUKM & beberapa web sosial
FAKTA : Bunyi dengkur dapat mencapai 90 desibel. - Sama dengan bunyi yang dihasilkan oleh sebuah lori truk yang laju di jalan raya
By,
Mrs Military
0 comments:
Post a Comment