Followers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday 27 November 2011

Your Job 1 - Tentera

Posted by Mrs Military at 15:38
Cikgu : Nanti bila dah besar, awak nak jadi apa?
Murid : Saya nak jadi askar!

(budak - budak punya bahasa adalah askar, mereka jarang sebut tentera..)

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah pihak yang bertanggungjawab terhadap pertahanan nasional dengan kata lain adalah pasukan tentera profesional negara Malaysia. Di Malaysia, ATM merangkumi 3 cabang iaitu Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia.  Tapi di Indonesia dan Thailand ada satu lagi cabang iaitu Tentera Marin.

Tentera Darat adalah komponen terbesar dalam ATM. Tentera Darat ada 17 Rejimen dan kor yang ditugaskan menjadi pasukan - pasukan tempur. 17 rejimen dan kor berkenaan adalah :
Rejimen Askar Melayu Diraja
Rejimen Renjer Diraja
Kor Armor Diraja
Rejimen Artileri Diraja
Rejimen Semboyan Diraja
Kor Pasukan Elit
Kor Perkhidmatan Am
Kor Polis Tentera Diraja
Kor Kesihatan Diraja
Kor Risik Diraja
Kor Perkhidmatan Diraja
Kor Ordinans Diraja
Rejimen Askar Jurutera Diraja
Kor Agama Angkatan Tentera
Rejimen Askar Wataniah
Kor Jurutera Letrik & Jentera Diraja
Pasukan Udara Tentera Darat
Rejimen Semapadan

Tentera Laut adalah satu agensi utama yang bertanggungjawab kepada pengawasan dan pertahanan maritim negara. TLDM juga dipertanggungjawabkan untuk mengawal Laluan Perhubungan Laut utama seperti Selat Melaka dan Selat Singapura. Angkatan tentera ini juga mengawasi kepentingan negara di kawasan - kawasan yang mempunyai tuntutan bertindih seperti di perairan Spratly yang terletak di Laut China Selatan berhampiran dengan Malaysia, Filiphina, Vietnam, China dan Brunei. 

Tentera Udara ditugakan untuk mempertahankan ruang udara Malaysia. Angkatan ini mempertahankan kedaulatan dan keutuhan negara serta kepentingannya melalui penggunaan kuasa udara yang berkesan. Berpegang kepada Motto "Sentiasa Di Angkasa" 

Dah Faham? 
"Now, Choose which one you want? When I grow up I want to be ......"

By,
Mrs Military 

0 comments:

Post a Comment

 

Live Long Story Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea