Followers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, 6 September 2011

Hati, Jari & WWW -3

Posted by Mrs Military at 22:58
Kadang kala sampai di suatu saat kita akan bertindak di luat kawalan. yer, kawalan yang tak mampu untuk kita kawal. pada pandangan kita, berikan masa secukupnya pada diri adalah langkah yang terbaik bagi menyelesaikan masalah. tapi hakikatnya, apa yang kita lakukan itu bukanlah penyelesai tapi semakin memburukkan keadaan.

keadaan bertambah buruk dan pada saat itu, diri kita tak mampu nak mengatasinya. apa yang harus dilakukan menjadi satu soalan yang paling sukar untuk kita jawab. semakin difikir semakin sulit jadinya. akhirnya diri sendiri yang rugi. masa atau waktu yang dikurniakan menjadi sia - sia. salah siapa?

siapa yang mengerti? tak tahu kata hati..menanti dan terus menanti. langkah kaki bergerak menuju ke destinasi tapi hakikatnya jalan penyelesaian tak ditemui lagi. sampai...masih tiada penyelesaian lagi. bergerak ke suatu lokasi yang memberikan satu memori. berpegangkan suatu harapan agar apa yang dinanti muncul dengan usaha mencari.

mencari sehingga tak kelihatan apa yang diharapkan. hampir berputus asa. tenangkan diri sambil memerhati tempat menjadi permainan hati suatu ketika dulu. tertayang kembali ibarat wayang gambar semua apa yang terjadi. tiba - tiba hati merisikan untuk bergerak kesana. bergerak  dan terus bergerak dan berhenti dan melayan persaan sendiri.

sendiri di situ, tiada teman yang menemani hati dan duka. tiba - tiba datang si putera dan menyapa. sekilas mata berkelip, terasa panas dimata, bagai ada air yang akan mengalir. ditahan.

ditahan hati dari terus lembut. egonya dirimu si gadis, sesukar itu si putera mencari dan akhirnya itu balasan yang diterima.

diterima, yer si gadis menerima. tp menerima dengan seribu soalan. soalan yang tiada jawapan. salah, belum ditemukan jawapan. mengapa hadir jika untuk menyakiti, mengapa memberi sekiranya tak mampu...

mampu kah si gadis terus mengharapkan apa yang diimpikan jadi satu realiti. realiti yang mampu untuk kekal dalam hati sehingga menjadi "cinta anak cucu"...

*pengharapan bukan mainan, ia perlu untuk direalisasikan agar terus kekal dan bersemadi di hati!
                                                                                                       By.
Mrs military

0 comments:

Post a Comment

 

Live Long Story Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea