Followers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, 9 September 2011

Hati, Jari & WWW -4

Posted by Mrs Military at 18:13
Sama ada nak mula percaya atau tak, orang kata "apabila sesuatu hubungan tu menjangkau usia kelima tahun maka akan mula berlaku pelbagai krisis dalam perhubungan tu". Sumpah ya tuhan, apabila aku terbaca dulu perkara ni sikit pun aku tak pernah percaya. aku katakan pada diri, mana mungkin jadi cam 2 kerana jatuh atau bangun sesuatu hubungan itu adalah bergantung pada individu tersebut dan bukannya usia sesebuah perhubungan itu. tetapi apabila perkara ini terjadi pada diri aku sendiri, pada siapa aku nak salah kan.

aku cuba kuatkan diri, elak dari terjadinya perkara yang tak diingini tapi ya allah hambamu ini tak sekuat mana untuk menahan hati ni. aku tak pernah salah kan dia tapi aku sendiri tak tahu mana salah dan silap perkara ni. ya allah, sesungguhnya aku terlalu sayangkan perhubungan ni. tp mengapa kau uji aku sedemikian ya allah...aku rasakan aku belum cukup kuat untuk merasakan satu kehilangan dalam hidup aku. ya allah jangan lah kau tarik dia dari diri hambamu ni ya allah. aku memohon padamu ya allah. kau panjangkanlah jodoh kami.

saat ni aku merasakan ibarat kehilangan sesuatu yang aku sayang. orang kata, kalau kita sayangkan sesuatu tu kita mesti sanggup berkorban. tapi perlu ke aku berkorban sekiranya aku sendiri tak merelakan pengorbanan tersebut. aku buntu dalam mencari penyelesaian ini ya allah. mengapa perkara ini wujud ketika kami dah menginjak kepada satu usia hubungan yang matang.

adakah aku yang tak cukup mengenali dia atau sebaliknya. aku sendiri tak pasti. tak cukup lagi ke setiap apa yang aku lakukan dalam pemberikan satu keceriaan kepada hubungan kami. bila aku imbau kembali setiap kenangan yang pernah kami cipta dulu, aku merasakan kamilah yang paling bahagia. tapi apabila aku berpijak semula kebumi yang nyata ini terus hilang segala kegembiraan ini. bukan aku mengejar nama kerana mampu untuk bertahan sehingga ke usia ini. tapi aku cuma mahukan satu kebahagian yang tak mampu untuk orang lain ambil dari aku.

ya allah,
aku memohon padamu seikhlas hatiku, sekiranya di benar jodohku kau dekatkan hatinya dengan hatiku tapi ya allah sekiranya di bukan milikku kau damaikanlah hatiku dengan ketentuanmu..tapi ya allah, aku sangat menyedari bahawa diriku bukan siapa - siapa dimata mu tapi aku memohon agar kau panjangkanlah jodoh kami. aku tak mampu untuk mengharungi perkara ini. telah aku tetapkan bahawa dialah calon yang terbaik untuk mendidik setiap zuriat ku. ya allah kau bantulahlah hambamu ini. aku memohon dengan seikhlas hatiku.

By,
Mrs military

6 comments:

Run Away♥ said...

kekadang sesuatu pekara tu perlu kan pengorbanan kan..tapi..jangan lah pengorbanan..yg menyusahkan...;d

Mrs Military said...

Run away..yup betul, tp kdg2 kita sanggup buat apa demi kepentingan org len kan

Marina said...

setiap yg berlaku pasti ada penjelasannye....kan?

aleen aiden said...

semoga dia adalah jodoh kamu..insyaAllah.

Mrs Military said...

marina : betul, kdg2 kita xfhm n xpasti pe pnjlasan yang sbnarkan

Mrs Military said...

aleen : insyallah...doankan saya yer

Post a Comment

 

Live Long Story Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea