Cikgu : Nanti bila dah besar, awak nak jadi apa?
Murid : Saya nak jadi cikgu!
( budak - budak tak panggil guru tapi mereka lebih selesa dengan panggilan "cikgu")
ruang lingkup tugas seorang guru terlalu luas untuk dijadikan satu cerita pendek dalam satu entry ringkas. maka dengan itu, mari kita khususkan ruang lingkup berkenaan kepada "tugas guru pemulihan"
individu sering mengaitkan guru pemulihan dengan guru pendidikan khas. tapi secara realitinya dua guru ini adalah berbeza. guru pemulihan adalah khusus bagi murid - murid yang mengalami masalah dalam 3M (membaca, menulis & mengira) manakala guru pendidikan khas pula adalah guru yang ditugaskan bagi mirid - murid yang mengalami masalah khusus yang melibatkan kecacatan fizikal secara amnya.
namun sebenarnya masih wujud lagi dalam kelas pendidikan pemulihan seorang murid pendidikan khas. hal ini kerana kadang kala terdapat ibu bapa yang tidak mahu menghantar anak mereka ke sekolah pendidikan khas kerana mereka percaya anak mereka masih lagi boleh dibantu di kelas pendidikan pemulihan. dalam situasi ini, guru berkenaan perlu sedia untuk menerima murid berkenaan dan cuba membantunya sedaya yang boleh.
it's not a small matter...sebab...
pendekatan yang digunakan untuk mengajar mereka adalah cukup berbeza. kanak - kanak normal, kanak - kanak pemulihan dan kanak - kanak khas setiap mereka perlu diberikan pendedahan dan juga penekanan yang berbeza dalam mambantu mereka mengatasi masalah yang dialami dan memperkembangkan kebolehan diri mereka.
setiap kanak - kanak itu aset pada masa hadapan, maka menjadi tugas besar seorang guru untuk membentuk aset berkenaan sebaik mungkin dalam memastikan aset berkenaan terus kekal sebagai satu aset yang begitu bernilai.
Dah Faham?
"Now, Choose which one you want? When I grow up I want to be ......"
By,
Mrs Military
2 comments:
waaa! bangga kejap bile has ckp pasal cikgu pk. heheh. yes. bile has buat dialog cikgu ngn anak murid tu, tringat dlu2 mase akak kecil. cmtula. heehe:)
hehehehehe...2 smngat nak jd cikgu dari kecik lg kan...2 yg beriya bila cikgu tya terus jawab "cikgu"..
Post a Comment